Hari- hari aku cakap pasal cuaca kat luar tu kan.
Kau tau kenapa? Sebab memang sejuk menggigil mengiggit tulang. Dan aku ni orang Malaysia yang dah biasa dengan cuaca panas. Paling sejuk pun Cameron Highlands, itu pun aku tengok korang pakai topi bulu-bulu kan? Aku tak pernah lah pulak pakai topi bulu sampai ke Cameron.
Dalam jaket ada 3 lapisan baju, satu thermal. Bawah topi ada ear warmer.
Ini bahan bukti kedua dimana suhu telah mencecah dibawah paras sub. Subzero, ok aku tak tau nak translate dengan baik. Whatever. Mungkin gambar aku tak berapa jelas sebab dari handphone blackberry cikai si Amna je, tapi ni waktu siang dalam pukul 8.45 pagi. Kau nampak gelap kan? Sebab office aku ni dekat dengan laut, so angin kencang telah menyebabkan salji turun seperti ribut. Tapi sempat pulak kita orang bergambar kan? Dasar ASIA sungguh. You can never take the Asian away from me!
Gambar dari Irishtimes pagi tadi.
Ha ni pun sambil aku menaip ni, salji tengah turun lagi, hai tak henti-henti gamaknya. Kebanyakkan ofis dapat balik awal harini sebab Creche (tadika kanak-kanak) dah tutup, ada jalan yang dah tutup dan bus tak beroperasi. Ketua besar aku ni asal dari Canada dimana cuaca memang camni. So dia tak heran and tak bagi kita orang balik awal. WOI kau naik kereta takpelah, Kita orang ni naik keretapi. Licin!!!
Ni berita sedih. Orang tua dijumpai mati beku sebab dia terjatuh . Dalam news kata, kalau ada jiran yang tua, sila belikan makanan dan jangan bagi depa keluar rumah. Kesian kan.
Anyway, ada video aku record, tapi kat ofis ni semua usb port dia block, so nanti lah ye aku upload.
PS-rasa-rasa kalau aku siram sirap dekat Ais, boleh jadi ais kepal tak?

2 comments:
Whoa....brrrrr......cannot even zzzzz bcos it's so brrrrr.....
Welcome back to sunny (and currently wet) Subang Jaya
YEs but I can still ZZZ
Post a Comment