Aku pelik. Dalam akhbar tempatan dan dimana-mana media massa mengatakan bahawa kadar penganggurandi negara ini semakin tinggi dan jumlah warganegara yang meminta untuk mendapatkan Dole, atau denganerti kata lain, mendapat tanggungan duit dari kerajaan juga dilaporkan meningkat.
Duit Dole ini, adalah hasil dari cukai yang dikenakan kepada pekerja-pekerja di negara ini,sepertiaku dan kawan-kawan aku. Semasa recession dilaporkan berlaku, banyak langkah yang telah diambil olehkerajaan dengan menurunkan band dimana anda akan ditax, dan juga menambahkan levi insurans. Kesandari ini, golongan berpendapatan rendah yang terpaksa menanggung beban criminal-criminal yang membuat pelbagai jenis penyelewengan yang melibatkan berbillion-billion euro.Mereka juga telah hidupmewah bersama keluarga selama satu dekad.Bak kata bapak aku, Luxury ,luxury,luxury.
Aku pelik.Bulan Julai sahaja, dua orang rakan sepejabat aku berhenti kerja secara rela kerana mendapat kerja yang lebih bagus, baik dari segi wang, atau segi keluarga. Jumlah warganegara yang dilaporkan sudah tidak mempunya pekerjaan selama setahun sudah meningkat kepada 200,000 orang. Betulke banci yang diorangbuat ni? Atau ada yang pergi mohon bantuan kerajaan tetapi masih kerja dengan bayaran gaji yang telahdipotong? Setiap anak yang lahirkan juga, kerajaan memberi wang sehingga berumur 16 tahun. Duit sara anak.Cuti bersalin juga selama 6 bulan.Indah bukan?
Aku pelik. Kakak aku bekerja separuh masa di sandwich bar O' Briens untuk menampung kehidupannya disini.Setiap hari dia akan merungut kerana tidak cukup pekerja dan juga pekerja yang kurang fasih berbahasaInggeris yand diambil kerja, tetapi lebih membebankan kerja kakak aku untuk menjadi Translator. Sayabertanya untuk mendapat kepastian, adakah dia hanya merungut kerana malas atau memang tidak cukuppekerja ditempat kerjanya? Dia memaklumkan, bahawa majikannya pula sudah kerap membuat "advertising" untuk jawatan kosong,tetapi yang hanya menghantar cv adalah non-eu resident seperti kami.
Dimanakah perginya warganegara yang kononnya tidak mempunyai pekerjaan selama setahun ini pergi?Adakah a) sudah sedap mendapat duit bantuan kerajaan yang agak mewah? atau b) malu dan malas untuk bekerja menjual sandwich?
Bayaran yang diperolehi oleh kakak aku, membolehkan dia mebayar sewa, bayar bil elektrik, telefon,makanan dan shopping baju Polo sebulan sekali di Kildare.
Salah satu lagi cara yang dilakukan oleh kerajaan untuk mengatasi masalah pengangguran dinegara inijuga adalah dengan menyekat peluang pekerjaan non-eu resident. Kebanyakan syarikat telah disarankanuntuk mendahulukan orang-orang tempatan, diikuti dengan eu resident dan hanya bila tiada sumber,baru diberikan kepada non-eu seperti kami. Sungguh prihatin kerajaan dia, tetapi lupa, untuksesebuah negara kekal maju, budaya berdaya saing itu perlu. Mereka juga perlu sedar mereka tidak mempunyai sumber kemanusiaan yang bertauliah yang mengcukupi dinegara ini.
Ini pendapat aku apabila aku berada dinegara asing dan negara itu mengalami kemelesetan ekonomi. Jika ia terjadi kepada aku semasa aku bekerja di Malaysia. aku pun mungkin begitu. Aku pun mesti mahukerajaan aku lebihkan rakyat.Tetapi yang berbeza,kerajaan aku tidak menolong jika aku menganggur. Hanya apabila aku termasuk dalam golongon miskin baru sahaja aku layak menerima duit zakat.
Question is how many of you wants to live off basic salary and working your ass out? I'm not sure what I would do (God forbids) if I get in the situation.
2 comments:
Mi, sama lah mcm kat msia semua org nak kerja yg best saja.Tapi mat Salleh ni memang malas ,kalau boleh nak duit free.Bak kata depa tunggu org asing buatkan kerja mereka.Depa buat apa?pi makan angin around the world...tu dia
haha funny lah u kak mimi, but u have a great point there. kind of like malaysia with the indons. we're too proud to be working at construction sites/as janitors, or the likes.
Post a Comment