Aku rasalah kan, perlahan-lahan, Kerajaan Ireland ingin membekukan pekerja-pekerja asing dinegara dia.Asing dari konteks ini, adalah resident yang bukan dari negara-negara European Union. Sepert aku, seperti kawan-kawan aku dan juga kau yang ingin mencari pengalaman bekerja sambil berbakti dinegara mereka. Kenapa kami yang dikatakan berbakti? Sebab kami bayar tax untuk 'dole' benefit mereka. Apakah itu 'dole'? Adalah duit yang diberi oleh kerajaan untuk menampuung si penganggur yang baru diberhentikan kerja tetapi sedang berusaha mencari kerja lain. Tetapi bagi rakyat mereka yang tidak bekerja dan tidak mencari juga akan mendapat wang 'saku' setiap hari Khamis. Sungguh lumayan mereka ini.
Adakah saya sakit hati melihat mereka mengambil duit tax saya untuk diberi kepada golongan tidak bekerja? Tidak, jika mereka memang tidak mampu,...tetapi lebih ramai mengambil benefit ini untuk minum sampai mabuk. Masih ramai lagi penduduk mereka tidak mempunyai kelulusan yang tinggi, dan saya rasa, saya rasalah kan, oleh sebab itu, dalam bidang kedoktoran dan perakaunan dinegara ini, ramai warga asing merebut peluang keemasan ini.
Tetapi, oleh kerana zaman ekonomi semakin meleset, dan banyak kilang-kilang dan kedai-kedai retail yang terpaksa gulung tikar, rakyat mereka diberhentikan dan menyebabkan kadar pengangguran tinggi. (ha lagi banyak anggur lagi banyak wine kan?). Oleh itu, cara yang paling mudah dan dirasakan tidak menyakitkan hati, adalah memperkuatkan undang-undang tax dan permit pekerjaan.
Dulu, untuk mendapat Kad Hijau atau lebih manja namanya adalaha Green Card, anda harus mempunyai pekerjaan diaman gaji anda adalah antar Euro 30,000 ke atas setahun. Tetapi baru baru ini, ia telah dinaikkan, dua kali ganda. Untuk anda layak mendapat kad Hijau, anda haruslah bergaji Euro60,000 setahun. Yelahkan, mana nak dapat orang nak amik kita kerja bayar Euro 60,000.Not yet.If it's true, do you know how it feels like to see your chance of getting a grren card being taken away from you??
(chop, tetiba google balik, masih ada website yang mengatakan Euro 30,000 masih boleh mendapat green card.)
alah, dah takutk tak sahih pulak entry ni. tapi takper.
1 comment:
http://www.entemp.ie/labour/workpermits/revisedgreencard.htm
hanya 3 sektor ini yg affected. yg lain masih eligible.
itu ape yg saya bace. sekian
Post a Comment